The bitter truth is the world after all its civilisations...
Monday, June 1, 2009
UN ..a blank hope.
The bitter truth is the world after all its civilisations...
Sunday, May 31, 2009
Kebenaran Patut Dihiraukan
Disebabkan pujukan rakan rakan saya , saya menterjemahkan artikel ini yang asalnya dari bahasa inggeris di http://laforet.ca/2009/05/ , dikarya oleh John Laforet, dari Canada . Kita haruslah sedar akan peranan kita dalam krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh etnik minoriti Tamil di Sri Lanka… sedangkan negara kita adalah antara negara yang menyokong kerajaan Sri Lanka untuk tidak dibicarakan oleh UN bagi diskriminasi kaum dan peperangan yang masih berlanjutan.
“
Saya tidak dapat memahami kenapa masih di tahun 2009 ini layanan sebegini terhadap sebuah etnik minority boleh diterima “ok”. Bukankah kita sepatutnya mempelajari teladan ‘tiada lagi,’ selepas melihat kesudahan kekejaman yang dilakukan atas etnik minority yang pernah berlaku beberapa kali sebelum ini. Bukankah dunia telah berjanji dan mendedikasikan dirinya untuk memelihara keselamatan orang awam semasa peperangan dan juga bertindak terhadap kerajaan kuku besi.
Kenapakah kita mendiam diri mengizinkan sebuah kerajaan (kerajaan Sri Lanka) untuk menghalang UN, Red Cross, media dan NGO yang ingin menghulurkan bantuan kepada 300 000 etnik tamil yang diperangkapkan dalam khemah pelarian, walhal kerajaan tersebut telah dituduh oleh Human Rights Watch ( NGO hak asasi manusia antarabangsa ) terhadap kehilangan 18 000 orang awam etnik Tamil. Terdapat banyak laporan seperti kes pemisahan ibu bapa daripada anak anak mereka, rogol, dan kekurangan keperluan asas kehidupan yang kronik. Kerajaan Sri Lanka sebenarnya enggan memberi bantuan yang sepatutnya kepada mereka yang telah ditempatkan di kem tersebut . Mereka tidak menjamin kehidupan orang awam yang ditempatkan itu.
300 000 tamil yang ditempatkan di kem pelarian oleh kerajaan Sri Lanka telah merampas segala hak asasi dan maruah diri mereka serta sentiasa dicabar. Mereka tidak dibenarkan untuk pulang ke tempat asal mereka. Diselubungi pagar pagar berduri , diawasi oleh pihak tentera yang bersenjata, mereka telah kehilangan semua hak hak yang sepatutnya dimiliki di sebuah Negara demokrasi dan bebas.
Tindakan sebegini telah menyukarkan usaha pemulihan , dan membawa kepada kemusnahan kehidupan manusia yang lebih serius disebabkan oleh krisis kemanusiaan yang telah ditimbulkan oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab ini . Hal ini sebenarnya telah mengundang kekejaman yang melampau.
Di bawah adalah satu lagi visual yang telah dikeluarkan oleh SKY News yang menggambarkan penderitaan etnik minority tamil di khemah pelarian dan rayuan mereka.
ITS 2009…!
Kita pernah melihat perkara sebegini sebelum ini. Tidak pernah ada khemah tahanan yang memenuhi segala keperluan asas dengan baik. Tidak pernah ada etnik minority yang ditahan diberi layanan yang sepatutnya sedangkan haknya sendiri tidak dilindungi, dan apatah lagi jika mediapun dilarang masuk . Kita memang sedar akan implikasinya. Kita perlu memperhentikannya sebelum ia terlambat.
Masyarakat antarabangsa harus memberi Sri Lanka amaran terakhir. Perlu menyeru kerajaan Sri Lanka untuk membuka, membenarkan UN, membenarkan Red Cross dan NGO dan Media untuk memaklumkan keadaan sebenar dan menyaksi layanan yang diberi kepada para tahanan. Jika mereka memilih untuk tidak bertranperansi sekali lagi , maka UN haruslah bertanggungjawab untuk menginvokasikan “ hak untuk dipelihara” dan campur tangan – walaupun ia bertentangan daripada hasrat kerajaan demi memelihara nyawa 300 000 tahanan.
Tuesday, May 26, 2009
Book by British Tamil Forum
Monday, May 25, 2009
Prabhakaran, the soul of Eelam
Thursday, May 21, 2009
Worldwide Protests...
Wednesday, May 20, 2009
The Sri Lankan Story
Nothing has stopped these atrocities...